UNIT PLAN INI ADALAH HASIL KERJA CHIN YING YING & HOW HUI WEN.

TAJUK: INTERAKSI ANTARA HIDUPAN



Hidupan memerlukan pelbagai keperluan untuk meneruskan kehidupan. Antara keperluan yang diperlukan oleh manusia dan haiwan ialah seperti makanan, air, tempat perlindungan, udara dan sebagainya, manakala tumbuh-tumbuhan pula memerlukan air, nutrien, udara dan cahaya matahari. Kepupusan mungkin berlaku jika terdapat persaingan yang hebat atau menghadapi sebarang ancaman dari pihak luar. Oleh itu, persaingan merupakan satu bentuk interaksi antara hidupan. Murid dikehendaki berperanan sebagai Penerbit Majalah Sains Sekolah dan berkongsi pengetahuan tentang interaksi antara hidupan dengan rakan sekelas dan juga warga sekolah. Murid akan menjalankan satu pemerhatian dan aktiviti sumbang saran tentang persaingan antara hidupan. Murid juga akan menjalankan eksperimen untuk mengkaji persaingan anak benih dan hasil pemerhatian dan kajian akan diselitkan ke dalam Majalah Sains Sekolah. Murid juga akan menjalankan kajian pemeliharaan dan pemuliharaan hidupan di persekitaran dan menghasilkan buku skrap tentang kepupusan dan menyelitkan maklumat tentang usaha memelihara dan memulihara hidupan dalam tempoh tiga minggu. Dalam projek ini Visual Ranking Tool digunakan untuk menyenaraikan keperluan haiwan mengikut keutamaan, manakala dalam Seeing Reason Tool bertujuan untuk menilai pengetahuan murid tentang faktor-faktor yang menyebabkan kepupusan penyu, dalam faktor manusia dan faktor alam semula jadi, serta Showing Evidence Tool digunakan untuk menjelaskan dan memberikan bukti sama ada kepupusan penyu adalah disebabkan semata-mata oleh faktor manusia